Siakap Keli
Gambar Hiasan

Gara-gara Judi, Suami Didakwa Benarkan Isteri Dirogol Sebagai Taruhan

Sebelum ini, satu kes rogol terhadap seorang isteri dilakukan oleh suami sendiri hangat diperkatakan secara terbuka.

Bagaimana tidaknya, sampai hati seorang suami menjadikan isterinya sendiri sebagai barang taruhan dalam permainan kad seperti berjudi dan membiarkan isterinya dirogol oleh rakan-rakannya sebagai bayaran kekalahan.

Sayangnya lagi, isteri ini sanggup memaafkan si suami selepas dipujuk rayu dengan kata-kata cinta oleh si suami supaya tidak dilaporkan kepada polis.

Kes-kes keganasan seksual rumah tangga kini semakin menjadi-jadi.

Merujuk NDTV, kes keganasan seksual dalam rumah tangga di India bukan berlaku sekali dua, tapi hampir setiap polis menghadap kes ini.

Seperti baru-baru ini, kes berlaku di Daerah Jaunpur, India.

Insisden bermula apabila suaminya tengah bermain kad dengan saudara dan rakannya di kediaman mereka.

Suami diketahui memang mempunyai tabiat melakukan taruhan dalam permainan tersebut.

Biasanya juga, si suami yang akan memonopoli permainan dan selalu memenangi wang pertaruhan.

Namun, dalam permainan kali ini, si suami mengalami kekalahan besar dan kehabisan wang taruhan.

Kerana tiada wang untuk membayar kekalahannya, akhirnya lelaki ini bertindak memberikan isterinya kepada saudara-mara dan sahabatnya sebagai cagaran.

Si suami juga malah membiarkan saudaranya Aril dan rakannya Arun merogol isterinya secara paksa dan bergilir-gilir.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail dan NDTV, insiden ini berlaku ketika pelaku yang terlibat, berada dalam kawalan alkohol.

Teruknya lagi, si suami sendiri terlibat melakukan perbuatan terkutuk dengan rakan-rakan dan saudaranya tanpa memedulikan isterinya.

Tidak terima dan tidak tahan dengan kelakuan suaminya, si isteri dilaporkan melarikan diri ke rumah bapa saudaranya.

Dia juga bercadang untuk melaporkan tindakan suaminya kepada polis tempatan.

Sedar akan isterinya yang telah melarikan diri, si suami mencarinya dan memujuk isterinya untuk pulang.

Lelaki itu dilaporkan memohon maaf dari isterinya dan mengakui kesilapan besar yang sudah dilakukannya.

Si isteri yang terpujuk dengan ayat manis dari suaminya, dia pun pulang ke rumah dan tidak melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Namun, permohonan maaf suaminya itu merupakan satu pembohongan yang lagi besar dilakukan. Hal ini kerana, semasa dalam perjalanan pulang, si suami memberhentikan keretanya dan membiarkan isterinya terpaksa melayan nafsu rakan-rakannya.

Sakit hati dengan janji palsu suaminya, si isteri pun segera melaporkan kepada polis.

Namun, laporan wanita ini sempat ditolak oleh pihak polis, lapor India Today, pada khamis (8 Ogos).

Tidak dapat dipastikan mengapa pihak polis menolak laporan wanita ini.

Akhirnya, dia bertindak melaporkannya ke mahkamah, dan polis pun akhirnya bersetuju untuk memfailkan laporan tersebut dalam kes rogol dan keganasan rumah tangga.

Sumber: Sosok

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.