Siakap Keli

‘Senoi Praaq’ Beraksi Sekali Lagi, Ini Unit Polis Elit Digelar ‘The Silent Killer’ Oleh CIA Yang Ramai Tak Tahu

Kehilangan seorang remaja warga Ireland di Resort The Dusun di Negeri Sembilan telah menarik perhatian pelbagai pihak yang prihatin akan nasib remaja tersebut. Walaupun pelbagai spekulasi timbul mengenai kehilangan remaja tersebut, pihak berkuasa terutamanya PDRM terus komited dalam usaha mencari dan menyelamat. Pihak berkuasa telah melancarkan beberapa langkah dalam misi mencari dan menyelamat mangsa berkenaan.

Apa yang menarik perhatian dalam misi kali ini ialah satu unit khas PDRM iaitu Senoi Praaq telah digerakkan bagi membantu segala usaha mencari dan menyelamat warga remaja tersebut. Rata-rata rakyat Malaysia tidak pernah mengetahui akan kewujudan unit khas ini, namun ternyata  unit ini mempunyai kepakaran yang luar biasa daripada unit yang lain.

Unit Unik Senoi Praaq

Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM. Senoi bermaksud ” ORANG ” dan Praaq bermaksud ” PERANG.” Pada awalnya unit ini ditubuhkan ianya diletakan dibawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( nama JHEOA pada masa itu tidak pula diketahui ) Pemilihan anggota diambil 100% daripada suku kaum orang asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai. Pada permulaan unit ini beroperasi Platun Komander dan jurusemboyan terdiri daripada Pegawai dan anggota SAS British. Kemudiannya kakitangan JHEOA yang terdiri daripada orang melayu dan pelbagai suku orang asli ditawarkan jawatan dalam pasokan Senoi Praaq. Oleh kerana kejayaaan yang dicapai bergitu baik dan memberangsangkan sebelum SAS meninggalkan Tanah Melayu, SAS telah menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini.

Pasokan Senoi Praaq kemudiannya diserapkan kedalam Jabatan KDN/KA PDRM dan dikenali sebagai Batalion Ke 19 PPH Senoi Praaq. Bn 19 PPH ini berpengkalan di Pengkalan Hulu ( Keroh ) Perak. Oleh kerana unit ini berjaya dalam menjalankan tugas dan perang saraf yang baik dan berkesan dalam memenangi hati dan pemikiran orang asli dikawasan pendalaman maka Batalion kedua ditubuhkan. Batalion ini dikenali sebagai Batalion Ke 20 PPH dan berpengkalan di Bidor Perak.

Lambang Pasukan Senoi Praaq

Lambang pasukan elit ini adalah senjata yang biasa digunakan oleh orang asli dikawasan pendalaman. Bagi BN 19 PPH, Buluh Sumpit digunakan sebagai lambangan BN manakala BN 20 PPH menggunakan Beliung sebagai lambang BN. Kedua dua BN Senoi Praaq ini telah diberikan kawasan operasi yang khas yang dikenali sebagai Kawasan OPS BAMBOO yang merangkumi pendalaman Perak dan Kelantan. Anggota Senoi Praaq ini adalah anggota dari skim tertutup ( close service ). Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di Bn 19, BN 20 atau menyertai Komando 69 PPH. Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Anggota Tugas Am di Balai Polis.

Gambar: Orang Perak

Berpengalaman Dalam Selok Belok Peperangan Di Hutan

Oleh kerana itu unit ini amat mahir dan berpengalaman dalam selok belok perperangan dihutan. Keupayaan mereka dalam mengesan dan menjejak PKM yang bergiat dihutan amat digeruni oleh musuh. Banyak Treker di 69 PPH berasal daripada Batalion Senoi Praaq dan antara yang palig kerap disebut adalah SM Apot.Oleh kerana kebolehan mereka ini digeruni pernah sekumpulan anggota senoi praaq yang bercuti di Kampung mereka dikawasan pendalaman ( Pos Gob ) kalau tak silap saya, telah diculik oleh PKM. Ramai yang dapat melarikan diri dan kemudiannya meneruskan khidmat dengan unit ini. Ada diantara mereka tidak dapat melarikan diri dan sewaktu perletakan senjata PKM anggota ini telah dibenarkan kembali ke kampung halaman mereka.

Gambar: Malaysia11

Bere Merun Kebanggaan Pernah Ditarik Balik

Banyak pengalaman dan pahit manis unit ini tidak diketahui umum. Kejayaan mereka seolah olah dilupakan sebaik sahaja PKM menamatkan perjuangan bersenjata mereka. Malahan bere merun kebangaan mereka pernah ditarik balik oleh PDRM. Ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka merasa terpinggir dan menyedihkan kepada mereka yang pernah berkhidmat dengan BN ini. Alhamdulilah bere ini kemudiannya diserahkan kembali kepada kedua dua BN Senoi Praaq ini.Batalion 19 PPH kini dikenali sebagai BN 3 PGA dan BN 20 PPH dikenali sebagai BN 18 PGA.

Gambar: PDRM

“The Silent Killer”

Senoi Praaq digelar ‘The Silent Killer’ oleh CIA dan pernah digunakan secara rahsia di Laos. Apabila US lari dari Laos, mereka ditinggalkan begitu sahaja (mungkin dengan harapan bahawa rahsia ini akan terkubur di Laos). Siapa sangka, unit Senoi Praaq berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan elemen-elemen musuh di sepanjang jalan. Ramai juga yang kecundang dalam perjalanan balik. Peristiwa ini telah dibukukan dan bertajuk “Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite”.

Taraf elite dan kehebatan kaum asli sebagai Silent Killer ini mendapat perhatian istimewa dari kerajaan khususnya pihak polis di mana penyertaan dari kaum Senoi yang memohon masuk PDRM tak perlu jalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL. Mereka terus diserap ke unit Senoi Praaq! Proses pengambilan yang unik berbanding pengambilan unit lain dalam PDRM.

Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam sesuatu kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain. Dikatakan juga Senoi Praq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan musuh.

Gambar: Orang Perak

Kelebihan Senoi Praaq

Selain kepakaran dihutan Senoi Praq juga diberi latihan PORU (Public Order Reserve Unit. PORU mempunyai arahan yang lebih khusus dan terperinci dimana mereka dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan ancaman yang bersifat lebih kritikal.

Unit senoi praq juga mempunyai bahagian intelligence nya sendiri yang terdiri dari pegawai-pegawai dari SAS serta pegawai melayu, antaranya Inspector (kemudiannya) mohd nor bin abdul jalil. selepas unit ini diletakan dibawah Kementerian Dalam Negeri dan dibawah kawal selia PDRM, unit ini disangkutkan ke Cawangan Khas PDRM dengan penglibatan terus Ops Bamboo. Status “sangkutan” ini berterusan sehinggalah Senoi Praaq diserap kedalam PDRM.

Sumber: JAKOA

 

syafiq halim