Siakap Keli
Kredit: Bloomberg/Voa Cambodia

Siang Malam Terlekat, Pemuda Lega Derita Tersepit Celah Batu Tamat

Phnom Penh- Setelah empat hari tersepit di celah batu besar sejak Ahad lalu di dalam hutan gunung Chakry, barat laut wilayah Battambang, seorang pemuda berjaya diselamatkan dalam keadaan lemah dan kelaparan.

Mangsa, Sum Bora, 28 dikatakan sedang mengumpul najis kelawar sebelum lampu suluhnya terjatuh ke celah batu berkenaan.

Ketika cuba mengambil lampu suluh tersebut, pemuda itu tergelincir jatuh ke celah rekahan batu yang besar, membuatkannya tersepit.

Najis kelawar, guano digunakan sebagai baja dan dijual oleh petani sebagai pendapatan sampingan.

Menurut media tempatan, keluarga mangsa mula mencari pemuda berkenaan setelah tiga hari dia tidak pulang. Salah seorang daripada mereka terjumpa mangsa di celah rekahan batu sebelum memberitahu  pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Kata wakil polis tempatan, seramai kira-kira 200 orang penyelamat berkerjasama untuk memecahkan batu sedikit demi sedikit untuk menyelamatkan mangsa.

Proses menyelamatkan mangsa memakan masa sehingga 10 jam sehingga jam 6 petang semalam.

Berikutan itu, mangsa yang berada dalam keadaan terlalu lemah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Pasukan penyelamat telah dipimpin oleh badan Rapid Rescue Company 711 yang berkait dengan briged pengawal peribadi Perdana Menteri, Hun Sen. Pasukan ini memainkan peranan penting dalam misi menyelamat ketika tragedi runtuhan bangunan tujuh tingkat di negara berkenaan pada Jun lalu.

Menurut laporan Program Pembangunan United Nation seperti dipetik oleh Bloomberg, Kemboja merupakan salah satu daripada negara termiskin dengan 35 peratus daripada 15.2 juta rakyatnya hidup dalam kemiskinan.

Sumber: Bloomberg, Voa Cambodia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.