Siakap Keli

“Tak Semua Lelaki Sebegini”, Niat Murni Lelaki Buat Dua Kerja Nak ‘Bina Masjid’ Tarik Perhatian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekiranya dulu dia dikenali sebagai seorang pemain bola sepak profesional bagi pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini nasibnya berubah setelah mengalami kecederaan hamstring yang membataskan aksinya di atas padang. Begitulah yang dialami oleh Muhammad Amirul Syafieq yang kini berkerja sebagai penghantar makanan segera MCD dan juga aplikasi Grabfood untuk memperolehi pendapatannya.

Menurutnya, sukan bola sepak yang dahulunya merupakan kerjayanya sekarang hanyalah sekadar hobi akibat daripada kecederaan yang dialaminya.

Usahanya yang gigih telah menarik perhatian orang ramai kerana melakukan dua kerja menghantar makanan iaitu sebagai ‘rider’ makanan segera MCD dan juga Grabfood semata-mata untuk ‘menghalalkan’ gadis pilihan hatinya. Mana tidaknya, dalam sehari dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya 14 jam untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan dengan menunggang motorsikal kehulu kehilir.

Menerusi tweet tersebut, lelaki yang menggunakan nama Amirul Syafieq bagi akaun Twitternya ini    menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam sebagai penghantar makanan segera MCD dan sekurang-kurangnya 6 jam sebagai penghantar makanan menerusi aplikasi Grabfood. Usaha ini dilakukannya seiring dengan niat murninya untuk menghalalkan gadis pilihannya.

“Sabar sikit ye sayang”

“Rezeki tu datang dari Allah”

Rata-rata warganet yang menjengah ke hantaran tweet tersebut memberi sokongan kepada lelaki tersebut dan mendoakan agar urusannya dapat dipermudahkan. Selain itu, ada juga yang kagum dengan kegigihannya dan mengharapkan agar usaha tersebut dapat diteruskan walaupun telah berkahwin kelak.

“Kagum dengan kegigihan kau dan teruskan macam ni walaupun sesudah bernikah”

“InsyaAllah semoga lepas kahwin rezeki lebih melimpah ruah”

“Tak semua lelaki sebegini, semoga Allah luaskan rezeki u Aamiin”

Sumber: Amirul Syafieq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra