Baru-baru ini tular satu video seorang ibu dan anak kecilnya di sebuah kedai gunting rambut telah menghiburkan para netizen yang memainkan video ini di laman Facebook.
Mungkin bagi ibu bapa yang berpengalaman pergi menggunting rambut anak yang berusia 3 tahun ke bawah adalah satu pengalaman yang sukar dan mencabar. Ada yang menangis, belum sempat pegang gunting dah menangis.
Video yang berdurasi 1.13 minit ini menunjukkan gelagat seorang bayi yang ketawa sakan saat rambutnya dipotong menggunakan mesin rambut.
Barangkalli geli, sebab itulah bayi ini gelak sehingga tak ingat dunia. Ramai netizen yang terhibur dengan gelagat bayi tersebut.
Sumber: Video Netizen