Siakap Keli
Imej Westlife kira-kira 20 tahun dahulu(Foto: Hello Magazine)

“Westlife Dah Sampai KL”, Ketibaan Kumpulan Muzik Lagenda Buat Peminat Teruja

Bagi generasi yang lahir pada sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, hampir pasti anda pernah mendengar nama sebuah kumpulan muzik lelaki yang bergelar Westlife, bukan?

Untuk yang belum mengetahuinya, pada malam ini dan esok, kumpulan muzik lagenda dari Ireland itu akan mengadakan konsert Stadium Malawati Shah Alam, Selangor bermula jam 8.30 malam.

Persembahan mereka ternyata ditunggu-tunggu oleh peminat di sini. Buktinya, tiket bagi konsert tersebut telah habis dalam tempoh lebih kurang 32 jam selepas dilancarkan pada 14 April yang lalu.

Bercakap mengenainya, Westlife telah pun tiba di negara ini beberapa jam lepas menurut perkongsian salah seorang ahli mereka, Shane Filan melalui akaun Instagram-nya.

https://www.instagram.com/p/B04mXj3hPsl/

Ketibaan mereka ke ibu negara ternyata memberi keterujaan kepada peminat Westlife di sini. Ia dapat dilihat pada ruangan komen video yang dimuatnaik Shane Filan ini.

Foto: Instagram
Foto: Instagram
Foto: Instagram

Westlife kini sedang mengadakan jelajah “TheTwentyTour” di sekitar Asia termasuk di Thailand, Macau, Taiwan, Filipina, Indonesia, Malaysia sebelum diakhiri dengan Singapura.

Namun, peminat Westlife di Malaysia adalah bertuah kerana kita menjadi satu-satunya negara yang mana mereka akan mengadakan konsert selama dua malam berturut-turut.

Foto: ticket2u

Kali terakhir kumpulan ini hadir ke Malaysia ialah semasa jelajah “East Meets Westlife Tour” yang dianjurkan pada tahun 2000 lalu. Bagi mengakhiri penulisan ini, jom kita dengar lagu Westlife yang pernah menjadi kegemaran ramai satu masa dahulu ini.

https://youtu.be/ulOb9gIGGd0

Sumber: ticket2u, IG shanefilanofficial

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.