Siakap Keli

Bencana Alam Melanda Dunia Kebelakangan Ini, Doa Dan Sokongan Komuniti Dunia Ditagih

Kejadian bencana alam dilihat sebagai satu fenomena yang boleh menyebabkan pelbagai kerosakan terutamanya terhadap harta benda dan juga boleh menjejaskan komuniti masyarakat setempat. Pelbagai faktor yang menyebabkan bencana alam telah dikesan dan salah satu daripadanya ialah sikap tidak bertanggungjawab manusia itu sendiri.

Selain itu, perubahan iklim juga merupakan faktor yang menyebabkan bencana alam yang terpaksa dihadapi oleh komuniti masyarakat setempat. Kebiasaannya, bencana alam seperti banjir berlaku disebabkan perubahan iklim dan taburan hujan yang ekstrem akibat kelembapan atmosfera yang tinggi. Keadaan hujan ekstrem dalam tempoh masa yang lama sudah pastinya tidak dapat ditampung oleh permukaan bumi sehingga boleh menyebabkan banjir dalam skala yang besar. Disebabkan itu, pelbagai kerosakan berlaku dan turut melibatkan banyak nyawa kehidupan yang terkorban.

Situasi ini jelas dapat digambarkan melalui perkongsian seorang individu yang memaparkan gambaran sebenar kesan daripada bencana banjir yang melanda satu kawasan pendalaman. Bencana banjir yang dihadapi telah menyebabkan banyak nyawa manusia dan haiwan terkorban malah turut merosakkan harta benda masyarakat setempat.

“Pada masa ini, orang-orang disekeliling kita menghadapi perubahan iklim. Banjir yang teruk berlaku menyebabkan manusia dan haiwan kehilangan nyawa mereka. Mereka memerlukan sokongan dan doa anda pada masa kini”

Keadaan banjir yang melanda kawasan tersebut kelihatan agak parah sehingga menenggelamkan banyak kediaman dan kawasan-kawasan sekitar. Bencana ini membuatkan penduduk setempat perlu bergerak ke tempat yang lebih selamat supaya tidak terdedah kepada risiko banjir tersebut.

Musnahkan kediaman penduduk

Akibat daripada arus banjir yang deras, penduduk setempat terpaksa menerima hakikat bahawa kediaman mereka telah musnah dan hilang tempat perlindungan.

Korbankan nyawa manusia dan haiwan-haiwan ternakan

Bencana banjir yang teruk bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan harta benda, malah turut menyebabkan kehilangan nyawa manusia dan juga haiwan ternakan. Perkara ini adalah disebabkan haiwan-haiwan berkenaan tidak dapat menyelamatkan diri daripada arus banjir yang deras sehingga membuatkannya lemas.

Bencana alam seperti banjir bukanlah sesuatu yang dipinta oleh setiap mangsa yang terlibat, namun ianya sudah menjadi lumrah alam yang mempunyai pelbagai perubahan iklim. Oleh itu, doa dan sokongan daripada komuniti dunia sangat penting bagi mengembalikan semangat kehidupan bagi mangsa-mangsa bencana.

Sumber: Joseph Edward

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra