Siakap Keli
Gambar: Wazari Wazir/M. K. Izzuddin

Cikgu Ini Sanggup berkorban ”Travel” Naik ”Ghost Train” 130 Km Setiap Hari, Alasannya Memang Mengharukan

Tugas menjadi seorang pendidik merupakan tugas yang mencabar terutamanya jika dihantar ke kawasan pedalaman. Biarpun begitu, jiwa seorang pendidik tidak akan mengalah, malah tetap ikhlas menyampaikan ilmu buat anak-anak pedalaman kerana tiada kemajuan berlaku tanpa ilmu.

Seorang guru, Mohd Khairul Izzuddin b. Shaari baru-baru ini berkongsi pengalamannnya berulang alik lebih 130 kilometer sehala pada setiap hari dari rumahnya di Pasir Mas ke tempatnya mengajar di SK Kuala Geris.

Menurut cikgu Izzuddin, dia baru dipindahkan ke semenanjung pada bulan lepas selepas tujuh tahun berkhidmat di Sarawak. Disebabkan kuarters berhampiran sekolah barunya penuh dan belum menemui rumah sewa, beliau perlu menaiki kereta api selama hampir 3 jam untuk ke tempat kerja.

Tak tahu sakit demam anak bini

Menurutnya, sepanjang berkhidmat di Sarawak, beliau terpaksa berpisah dengan anak isterinya dan sentiasa risau akan kesihatan keluarganya.

Nasib menyebelahinya apabila dia dipindahkan ke semenanjung pada bulan lepas. Biarpun perlu bangun seawal 2 pagi setiap hari, dia tetap bersyukur kerana dapat berada di sisi isteri dan anak tersayang.

“Yang penting anak isteri depan mata”

Berikutan perkongsian itu, ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka sehari-hari apabila perlu bekerja jauh dari rumah.

“Kagum dengan cikgu-cikgu macam ni”

“Jaga kesihatan diri juga”

“Dah lali”

Semoga menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat anda yang senasib, yang perlu berjalan jauh ke tempat kerja.

Sumber: M. K. Izzuddin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.