Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Utah Justice/Sri Lanka News)

”Debt Collector” Dari Firma Guaman ”Call” Minta Hutang? Jangan Terpedaya, 16 Panduan Dari Peguam Elak Jadi Mangsa Scammer

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Debt collector” atau pengutip hutang adalah ejen atau pihak yang dipertanggungjawabkan oleh penyedia khidmat kewangan untuk mengutip hutang.

Namun, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pengutip hutang ataupun menyalahi etika ketika menjalankan kutipan seperti menyerang atau mengugut penghutang.

Atas sebab itu, ada penghutang yang berasa takut atau risau akan keselematan mereka dan terus melakukan pembayaran tanpa berfikir panjang.

Hakikatnya, ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan anda tidak ditipu atau apabila anda berasa pengutip hutang yang menghubungi anda adalah mencurigakan, menurut FB JUMPA KAT MAHKAMAH.

Ini yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan dari debt collector. Sila ambil perhatian, debt collector kini menggunakan letterhead firma guaman untuk menuntut hutang.

1. Semak jumlah yang dituntut. Minta mereka kemukakan penyata akaun atau bukti bagaimana jumlah yang dituntut tersebut boleh diperolehi.

2. Jangan dedahkan nama penuh dan alamat rumah atau alamat majikan. Anda tidak dikehendaki berbuat demikian. Debt collector juga tidak boleh menelefon pejabat, majikan atau keluarga dan saudara-mara peminjam.

3. Dapatkan nama pemanggil tersebut dan agensi pengutip hutang itu. Kemudian google alamat mereka.

4. Jika mereka tidak mengemukakan notis bertulis atau penyata atau bukti hutang tetapi sebaliknya terus menerus membuat panggilan, buat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

5. Jangan bayar selagi tiada bukti hutang/dokumen/perjanjian yang sah dikemukakan kepada anda.

6. Jika debt collector menggunakan bahasa kasar, mengugut dan mengancam anda, buat laporan polis.

7. Debt collector sering menyamar sebagai peguam dari firma guaman/mahkamah atau balai polis untuk menakut-nakutkan peminjam. Perlu ditekankan, pejabat peguam atau mahkamah atau balai polis TIDAK BUAT PANGGILAN TELEFON UNTUK TUNTUT HUTANG.

8. Jika mereka mendakwa mereka dari firma guaman, dapatkan nama firma itu dan buat carian di website Majlis Peguam Malaysia di pautan: http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

9. Jika firma yang didakwa wujud, hubungi nombor firma yang tertera di laman web Majlis Peguam tersebut dan semak dengan mereka. Jika firma tersebut tidak wujud, buat laporan polis.

10. Kini ada debt collector yang menggunakan letterhead firma guaman. Mereka membayar firma guaman dengan syarat firma tersebut membenarkan debt collector menggunakan letterhead mereka.

11. Jika peminjam menerima surat seperti ini, hubungi firma guaman tersebut dan minta mereka kemukakan bukti hutang seperti yang dituntut.

12. Jika peminjam diugut dan diserang oleh Debt Collector di tempat kerja atau di mana sahaja, laporkan kepada Bank Negara. Debt collector dan bank-bank komersial di Malaysia tertakluk di bawah Fair Debt Collection Practices oleh Bank Negara.

13. Dibawah FDCP, dalam proses menuntut hutang, notis bertulis hendaklah diberikan kepada peminjam. Maka panggilan telefon tidak boleh dianggap sebagai notis yang mematuhi syarat di bawah FDCP.

14. Debt collector juga perlu mengemukakan ID mereka, untuk mengesahkan bahawa mereka diberi kebenaran oleh Bank Negara untuk mengutip hutang.

15. Mana-mana debt collector yang melanggar FDCP ini boleh diambil tindakan oleh Bank Negara. Kerana itu bank komersial tidak mahu Debt Collector mendedahkan nama bank apabila membuat panggilan untuk menuntut hutang kerana jika debt collector melanggar FDCP ini, bank tersebut berdepan tindakan oleh Bank Negara jika peminjam membuat laporan kepada Bank Negara.

16. Jika peminjam sudah pasti berkenaan bukti hutang yang dikemukakan kepadanya, peminjam boleh membuat bayaran terus kepada bank atau syarikat kredit yang memberikan pinjaman tersebut.

Sertai group ‘Peguam Netizen Speaks’ sekarang jika anda mempunyai persoalan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi.

Para Peguam dan Netizen yang pernah melalui masalah anda boleh membantu anda. This is No.1 legal support group in Malaysia. Click –https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

Sumber: FB JUMPA KAT MAHKAMAH

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.