Siakap Keli

Gara-Gara Makan ”Slow” Sangat, Kanak-Kanak Mati Dipukul Ibu Tiri

Kanak-kanak berusia 7 tahun dinyatakan maut akibat dipukul selama satu jam oleh ibu tirinya dengan menggunakan batang besi, akibat makan terlalu lama.

Kejadian ini berlaku di wilayah Shandong, China. Kanak-kanak yang bernama Guo Muo itu dikatakan sedang makan tengah hari bersama keluarganya.

Semasa mereka makan, ibu tirinya telah memberi amaran kepada Guo jika lambat siap makan, dia akan memukulnya.

Tetapi Guo tetap masih lambat siap makan dan itu membuatkan ibu tirinya berang.

Ibu tiri Guo pun bertindak dengan membawa Guo masuk ke dalam bilik tidur dan menutup pintu lalu memukul Guo menggunakan batang besi.

Ayah Guo yang berada di luar bilik tidak berani untuk menghalang isterinya. Dia juga takut untuk ikut campur kerana sebelumnya, dia pun pernah menjadi mangsa pukul oleh isterinya sendiri.

Namun, sang ayah tidak tahan dengan kelakuan isterinya itu, dia pun segera masuk ke dalam bilik dan melihat Guo sudah mengalami luka parah di kaki akibat dipukul.

Ayah Guo meminta isterinya untuk segera menghantar anaknya itu ke hospital namun tidak diendahkan.

Keadaan Guo semakin teruk dan akhirnya sanga ayah sendiri mengejarkan anaknya ke hospital. Tapi sayangnya sudah terlambat kerana keadaan Guo sangat parah. Guo dinyatakan meninggal.

Sebelumnya ayah Guo bercerai dengan ibu kandung Guo semasa usia Guo masih dua bulan. Seiring berjalannya masa, ayah Guo mencari wanita lain dan diperisterikan untuk menjadi ibu tiri kepada Guo.

Namun, ayah Guo sendiri berkata ibu tiri Guo memang selalu memukul Guo dengan alasan yang remeh. Kini ibu tiri Gua dalam tahanan polis.

Sumber: Tribunnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.