Siakap Keli
Gambar hiasan.

Harga Runcit Minyak Petrol RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Kuala Lumpur, 9 Ogos- Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit RON97 turun manakala RON95 dan diesel kekal bermula esok sehingga 16 Ogos.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan Automativ Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum adalah seperti berikut,

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM 2.54 seliter kepada RM 2.49 seliter.
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM 2.08 seliter dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM 2.18 seliter

Harga tersebut merupakan harga setelah subsidi berjumlah RM 59.28 juta dalam tempoh 10 Ogos sehingga 16 Ogos ini.

Harga tanpa subsidi bagi RON95 dan diesel sepatutnya adalah sebanyak RM 2.19 seliter dan RM 2.28 seliter masing-masing.

Sumber: Kementerian Kewangan (MOF)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.