Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Internet Disekat Dan Pelancong Diarah Keluar,” Wanita Ini Cerita Detik Cemas Ketika Konflik Di Kashmir Jadi Tegang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketengangan di negeri paling Utara India iaitu di Jammu dan Kashmir berlaku satu konflik apabila kerajaan India bertindak untuk menarik semua hak autonomi yang dijanjikan sejak tahun 1947 lalu.

Menurut Artikel 370, kedua-dua negeri ini adalah wilayah Himalaya yang dikuasai India secara autonomi. Hal ini juga, telah membenarkan Jammu dan Kashmir bebas untuk mentadbir sendiri dalam semua hal kecuali hal ehwal luar, pertahanan dan komunikasi.

Perkongsian daripada seorang wanita yang berada di sana semasa berlaku pergolakan di Kashmir menerusi laman Facebooknya.

Setelah 4 hari saya tiada jaringan internet di bumi Jammu dan Kashmir…

Katanya, sepanjang dia berada di Srinagar dalam tempoh konflik ini semua jaringan internet dikawal ketat oleh kerajaan India sejak pihak kerajaan memansuhkan Artikel 35A iaitu satu perlembangaan istimewa yang diberi kepada Kashmir dan Jammu.

Sejak dari itu, internet disekat, rangkaian telefon dan kebanyakan orang di Kashmir dikatakan terputus hubungan dengan dunia luar. Bahkan pelancong yang datang ke tempat berkenaan diminta untuk keluar dari Kashmir sejak Sabtu lepas.

Masa saya di Kargil, sebelum tiba di Ladakh dan sebelum internet disekat, saya sempat hubungi dan hantar pesan ringkas dengan kawan di sana, mereka sendiri tak tahu kenapa tourist diarahkan keluar dari Kashmir, sedangkan keadaan di sana baik-baik je. Waktu saya di Kashmir pun semuanya ok, saya bebas berjalan macam biasa, orang tempatan pun berurusan macam biasa

Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran saya sejak tinggalkan bumi Kashmir ini, raya AidilAdha sudah dekat, bolehkah mereka solat di Masjid seperti biasa lagi? Sehingga sekarang, saya amsih tidak boleh menghubungi rakan-rakan saya di sana.

Untuk pengetahuan anda, Kashmir ni tempatnya selamat walaupun media gembar gemburkan Kashmir ni sebuah wilayah bergolak. Memang banyak askar berkeliaran, tapi sebagai pelancong memang selamat.

Kalau tak selamat, tak mungkin ramai orang Malaysia yang dah sampai ke sana dan bila balik Malaysia, diorang nak pergi lagi.

“When you have Allah, The Almighty, not even a single Article can bring you down. Nothing to be afraid of.”

Bila kamu mempunyai Allah yang satu, bukan setakat konflik yang berlaku mengenai Artikel perlembagaan ini membuatkan kamu jatuh. Takkan ada apa-apa untuk ditakutkan hanya ingat Allah.

Berharap agar dengan doa yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia kepada saudara di Kashmir dan Jammu agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Noorihan Noorudin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)