Siakap Keli
Kredit: Tech Explorist/Washington Post

Keinginan Bunuh Diri Dalam Kalangan Pelajar Meningkat, Negeri Selangor Paling Ramai -KKM

Tingkah laku bunuh diri sama ada berfikir, merancang mahupun melakukan cubaan bunuh diri bukanlah bahan jenaka dan umpatan.

Namun, ada sesetengah orang yang tiada kemanusiaan menjadikan isu ini sebagai jenaka dengan memperlekehkan mangsa, seolah-olah dia tidak akan mati suatu hari nanti.

“Mereka bukan ingin mati, tetapi ingin kesakitan diakhiri.” Tiada sesiapa yang dengan sengaja memilih untuk mengakhiri hidup sendiri.

Semua orang ingin menjalani hidup dengan gembira dan bahagia. Namun, ujian setiap orang berbeza. Di sebalik individu kita lihat hari ini, ada jalan hidupnya yang disembunyikan daripada umum yang hanya dia dan Tuhan yang tahu.

Golongan yang mengalami tekanan mental ini mempunyai ketidakseimbangan kimia di dalam otaknya, membuatkan cara berfikir mereka berbeza dengan orang lain. Jika dinisbahkan dengan pesakit fizikal, mereka mungkin boleh digelar ‘orang kelainan upaya.’

Pakar mendapati terdapat petunjuk biologi keinginan bunuh diri atau suicide ideation (SI) dalam kalangan pesakit Post Traumatic Symptoms Disorder (PTSD). Imbasan otak pesakit PTSD yang mempunyai keinginan membunuh diri (PTSD-SI) menunjukkan lebih tinggi reseptor otak mGluR5. Warna lebih cerah menunjukkan tahap mGluR5 yang lebih tinggi. (Kredit: Live Science)

Ideasi bunuh diri dalam kalangan pelajar di Malaysia

Menurut kajian Institut Kesihatan Umum (IKU) melibatkan 30,000 responden di 212 sekolah menengah seluruh Malaysia, terdapat peningkatan cubaan bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah kini berbanding tahun 2012.

Kajian yang menggunakan kaedah pensampelan cross-sectional ini mendapati kelakuan ini paling tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan satu.

Dari segi bangsa pula, kaum India mendahului tingkah laku bunuh diri diikuti Cina dan Melayu.

Data tingkah laku bunuh diri (berfikir, merancang, mencuba) mengikut negeri pula mendapati WP Kuala Lumpur paling tinggi dengan 13.2 peratus pelajar berfikir untuk bunuh diri.

Pelajar di Selangor paling ramai merancang untuk bunuh diri (9.5%) manakala cubaan bunuh diri paling tinggi dicatatkan di Perak (9.3%).

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Live Science

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.