Siakap Keli

Netizen Sebak Lihat Keadaan Wanita Meninggal Saat Melahirkan Bayi Seorang Diri

Malang tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita apabila ditemui meninggal dunia dipercayai setelah melahirkan bayi tanpa bantuan pihak hospital.

Insiden tragis itu menjadi tular di facebook setelah dikongsi oleh seorang pengguna yang memuat naik gambar ibu malang berkenaan bersama bayinya yang masih hidup dalam keadaan menyayat hati.

Wanita tersebut yang dipercayai merupakan seorang warganegara asing, dikatakan menghuni rumah sementara di sebuah kawasan pembinaan.

Namun, dia tidak mendapatkan rawatan di hospital ketika mahu melahirkan bayi menyebabkan dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati mereka ke atas nasib yang menimpa ibu berkenaan.

Moga apa yang berlaku dapat dijadikan peringatan kepada semua agar tidak mengambil mudah soal kelahiran yang melibatkan nyawa.

Rasa simpati ke atas arwah

Lahirkan bayi seorang diri kerana takut ke hospital

Walau tak ada permit, kerajaan Malaysia tetap beri pertolongan

Kes kecemasan terus dirawat jika darurat melibatkan nyawa

Sumber : Muhyi Blatir Jr.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra