Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pesawat Ringan Terhempas Di Halaman Rumah Orang Awam, Tiga Sekeluarga Maut

Sebuah pesawat terhempas di perkarangan belakang rumah di kompleks perumahan Upper Moreland, Pennsylvania, Amerika Syarikat yang menyebabkan ketiga-tiga penumpang dalam pesawat terbunuh.

AFP melaporkan hari ini bahawa pesawat itu jatuh kira-kira dalam pukul 6 pagi.

Polis tempatan melaporkan bahawa telah menerima panggilan daripada penduduk yang melaporkan kemalangan pesawat di belakang urmah mereka.

Pihak polis percaya bahawa pesawat di dinaiki oleh 3 penumpang dan kesemua mereka maut ditempat kejadian.

Mangsa adalah pasangan suami isteri, yang masing-masing berusia 60 dan 54 tahun bersama seorang anak perempuan mereka berusia 19 tahun.

Ketua polis Daerah Moreland, Michael Murphy mengesahkan tiada penduduk tempatan yang menjadi mangsa.

“Serpihan badan pesawat bertaburan di empat kawasan halaman belakang rumah,” lapornya pada sidang akhbar.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.