Siakap Keli
Gambar : Schwerhoefer/Pixabay

‘Pinocchio Effect’, Hidung Manusia Makin Kecil Bila Menipu – Kajian

Bila disebut sahaja cerita lagenda Pinocchio, pasti semua akan terbayangkan hidung Pinocchio yang akan menjadi semakin panjang apabila dia berbohong.

Namun, satu kajian dikenali sebagai ‘Pinocchio effect’ yang dilakukan baru-baru ini oleh sekumpulan penyelidik di Universiti of Granada mendapati, hidung tidak meninggi apabila kita menipu tetapi sebaliknya menjadi semakin mengecil.

Dr Emilio Gomez Milan dan pasukannya membangunkan satu alat pengesan penipuan menggunakan thermography di mana suhu pada bahagian hujung hidung didapati menurun kepada purata 1.2 darjah Celcius setiap kali peserta menipu dalam kajian mereka sementara suhu di dahi akan meningkat kepada 1.5 darjah Celcius.

Pengkaji mendapati penurunan suhu pada bahagian hidung sebenarnya menyebabkan saiz hidung akan sedikit mengecil daripada saiz sebenar walaupun perubahan ini amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar.

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan teknologi terma ke atas 60 orang pelajar dengan pelbagai aktiviti diuji ke atas mereka.

Sumber : Oddity Central

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra