Siakap Keli

Presiden Jokowi Lawat Malaysia, Mengaku Malu Mahu Jumpa Tun Mahathir Kerana Masalah Jerebu

Menurut akhbar tempatan Indonesia, Presiden Jokowi dilaporkan bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Perdana Menteri PM, Mahathir Muhammad pada hari ini.

Lawatan presiden Indonesia ini dilakukan ditengah masalah jerebu yang terjadi di Malaysia.

Sebelum ini, Jokowi mengakui malu apabila dia mahu membuat lawatan kerja ke Malaysia dan Singapura, kerana jerebu akibat dari kebakaran hutan dan tanah yang kembali masuk di kedua-dua negara berjiran ini.

Agensi Meterologi Malaysia memberitahu bahawa terdapat kemungkinan besar jerebu ini akan terus berlaku di Malaysia pada minggu ini. Hal ini kerana, arah angin monsun masih bertiup ke arah barat daya.

Bagaimanapun, dilaporkan dari laman web rasmi Setiausaha Kabinet, isu jerebu itu tidak akan dibahas dalam pertemuan antara kedua pempimpin negara itu.

Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi menyatakan terdapat beberapa isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, seperti masalah warga Indonesia yang cukup banyak di Malaysia.

Menteri menambah, akan dibincangkan juga mengenai minyak kelapa sawit. Memandangkan kedua negara ini merupakan pengeluar minyak kelapa sawit.

Menurut menteri itu juga Malaysia merupakan salah satu negara rakan kongsi Indonesia terutama di ASEAN.

“Sekiranya melihat dari konsep perdagangan, Malaysia adalah rakan dagang ke-7 terbesar atau destinasi eksport ke-6 terbesar di Indonesia. Dalam ASEAN, Malaysia adalah rakan kongsi kedua selepas Singapura. Maka bagi pelaburan FDI Malaysia adalah yang ke-5 terbesar,” terang Retno.

“Sementara untuk pelancong adalah yang terbesar kerana bilangannya yang sudah lebih dari 2.5 juta. DenganĀ  anggaran jumlah yang begitu banyak kemungkinan ada yang tiada dalam senarai penduduk dihantar, kerana itu ia boleh jadi lebih dari 2 juta.” tambahnya.

Lawatan Jokowi pada kali ini adalah merupakan kunjungan balas atas kedatangan PM ke Jakarta pada bulan Jun lepas.

Dijadualkan selepas pertemuan tahunan dengan PM, diikuti dengan makan tengah hari dan mereka akan solat Jumaat bersama.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.