Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Pelajar Universiti Awam Tak Tahu, Ada ‘Software’ Percuma Untuk Korang Guna, Jimat RM290 Setahun

Masih digelar pelajar atau bekas pelajar di sebuah universiti awam dan swasta pasti banyak menerima kemudahan daripada universiti tersebut selain mendapat kad matrik yang digunakan untuk mendapat harga yang murah jika menonton wayang atau untuk makanan, anda juga perlu tahu kehadiran ‘OneDrive’ yang diberi oleh pihak universiti.

Seorang lelaki berkongsi melalui akaun Twitternya, Kyrusy Kyrole, kebanyakan universiti sudah pun memberikan kemudahan penggunaan Office 365 yang mana ia adalah perisian lengkap dengan pelbagai perisian selain Microsoft Words yang boleh digunakan secara percuma tanpa gangguan oleh notifikasi percubaan yang sudah tamat tempoh.

Secara logiknya, walaupun tempoh langganan perisisan ini untuk tempoh satu hingga dua tahun, sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar yang taraf hidup yang rendah. Perkongsian ini ditulis atas pengalaman lelaki ini yang merupakan salah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Bukan untuk UiTM sahaja, tetapi kebanyakan universiti di Malaysia ini menyediakan fasiliti seperti ini umpamanya, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan pelbagai lagi.

Ini antara langkah yang perlu untuk korang ikut walaupun bukan daripada UiTM, tetapi anda boleh jadikan ia sebagai satu rujukan untuk tindakan seterusnya.

Ikuti arahan yang diminta.

Atau masukkan kata kunci yang ditetapkan oleh pihak universiti untuk memudahkannya.

Mudahkan caranya, lepas ni bolehlah untuk korang guna fasiliti yang diberi oleh setiap universiti dan lepas dah tahu kegunaannya mungkin tiada lagi masalah untuk berlaku tarikh luput perkhidmatan sepanjang korang belajar di sana.

Bukan itu sahaja, lelaki ini dedahkan penggunaan Spotify dan Apple Music dengan bayaran harga seorang pelajar.

Menurut Kyrusy, jika ada yang tidak faham tentang ini boleh rujuk pada bahagian pengurusan universiti masing-masing.

Justeru itu, rata-rata pengikut akaun Twitternya termasuklah pelajar dan bekas pelajar yang masih tidak tahu tentang ke kewujudan aplikasi ini.

“Waktu 3rd year haritu baru aku sedar kewujudan”

“Asal aku dah jadi alumni baru tahu…”

“Microsoft office tu awal-awal masuk u nampak tapi taktau onedrie ni percuma”

“Bila nak gabungkan dengan assigment kawan selalu terabur…Sangat berguna”

Sumber: Kyrusy Kyrole

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)