Siakap Keli
Foto: Wikipedia/Twitter

Tular ”Tweet” Gadis Dedah Dihalang Terbang Ke Australia, ”Reply” Pesuruhjaya Tinggi Ini Buka Cerita Sebenar Pelancong Malaysia

Beberapa hari yang lepas, telah tular mengenai kes pelancong Malaysia yang dihalang daripada terbang ke Australia atas alasan yang tidak kukuh.

Menurut kiriman daripada salah seorang mangsa yang terlibat di akaun Twitter-nya, mereka tidak dibenarkan ke Australia oleh seorang pegawai Australia yang berada di lapangan terbang kerana disyaki bukan pergi untuk melancong, sebaliknya untuk ‘tujuan lain’.

Mereka menafikan tuduhan itu dan menegaskan mereka hanya mahu melancong dan visa mereka untuk ke sana juga sudah diluluskan. Bagaimanapun, mereka tetap tidak dibenarkan ke sana dan kecewa dengan keputusan itu.

Kicauan itu menjadi tular dan ia telah mendapat perhatian daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski.

Membalas kicauan gadis berkenaan, beliau memberitahu bahawa Pegawai Perhubungan Udara(ALO) Australia ditempatkan di lapangan terbang seluruh dunia bagi memastikan semua pelancong yang ingin memasuki negara itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Foto: Twitter

Beliau memberitahu tidak boleh memberi komen secara khusus kepada kes itu, namun mendakwa sekitar 400 ribu rakyat Malaysia telah dibenarkan melawat Australia setiap tahun.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak yang datang ke sana untuk bekerja secara tidak sah ataupun menetap melebihi tempoh dibenarkan.

Foto: Twitter

“Malangnya, Malaysia berada di tangga teratas dalam kes ini. ALO kami adalah terlatih dan berpengalaman dalam mengesan kes ini, dan membantu menghalang ratusan pencerobohan,” jelas Andrew.

Foto: Twitter

Namun, beliau juga mengakui bahawa sistem itu tidak sempurna. Andrew juga memaklumkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada hanya empat negara Asia yang boleh mendapatkan visa ke Australia secara atas talian.

“Kami mahu kekalkan status itu. Tetapi ia bermakna kami PERLU ambil perhatian terhadap sesiapa yang ingin ke Australia dan untuk tujuan apa,” tambahnya lagi.

Sumber: Twitter @AusHCMalaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.