Siakap Keli

“Ya Allah Jauhi Kami Dari Malapetaka Dan Kemurkaan-Mu,” Langkawi Dilanda Ribut, Penduduk Kongsi Detik Cemas

Terkini, penduduk Pulau Langkawi dinasihati untuk lebih berhati-hati berikutan ribut yang melanda serta hujan lebat yang dilaporkan oleh penduduk Pulau Langkawi sendiri.

Akibatnya, banyak kawasan dilaporkan terjejas seperti mengalami kesesakan jalan raya akibat pokok tumbang, bumbung tercabut dan kereta bergegar kerana ditiup angin kencang.

Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah kami dari malapetaka dan kemurkaanMU. Aamiin.

 

Selain itu, dilaporkan juga bahawa di kawasan Pantai Cenang terdapat banyak motorsikal yang terbalik berikutan angin kencang.

Beberapa penduduk setempat turut berkongsi gambar ketika kejadian berlaku sebentar tadi.

Semoga penduduk setempat dilindungi dan dinasihatkan semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati terutama mereka yang tinggal di tepi laut.

Sebagai langkah berjaga-jaga sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9663309 (Langkawi) dan 04-4235682 (Kuala Muda.

Sumber: Nur Aisya Humaira

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra