Siakap Keli
Foto: @nytafatyn

“Ini Baru Malaysia”, Tular Video Cikgu Melayu Berbual Dengan Pelajar India Dalam Bahasa Mandarin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keunikan negara kita, Malaysia adalah terletak kepada kepelbagaian kaum dan budaya yang kita miliki. Bukan itu sahaja, kita juga mampu hidup dengan aman damai di sebalik segala perbezaan di antara kita.

Selain perbezaan bangsa, agama dan budaya, antara perbezaan terbesar di kalangan rakyat negara ini ialah bahasa.

Ya, memang benar, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita dan semua rakyat Malaysia sepatutnya mampu bertutur dan berkomunikasi menggunakan bahasa berkenaan.

Namun, ia tidak menghalang kita untuk turut mempelajari bahasa lain yang terdapat di negara ini seperti Tamil dan Mandarin.

Ia dibuktikan menerusi satu perkongsian oleh akaun Twitter @nytafatyn melalui satu rakaman video yang dimuatnaik di platform tersebut baru-baru ini.

Kami difahamkan bahawa kejadian ini berlaku di Kolej Vokasional Kulim dan guru wanita itu adalah guru bahasa Mandarin di kolej berkenaan.

Rakaman video ini membuktikan bahawa bangsa seseorang itu tidak menghalangnya untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa ibunda bangsa lain sekiranya kita rajin berusaha dan selalu menggunakannya.

Wargamaya yang melihat video ini juga rata-rata berasa kagum dan bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang bertuah dengan kepelbagaiannya.

Foto: Twitter
Foto: Twitter
Foto: Twitter

Hakikatnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu meraikan perbezaan ini sekaligus mengekalkan keunikan yang dimiliki negara kita berbanding negara lain.

Sumber: Twitter @nytafatyn

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.