Siakap Keli
Foto: FB TNB

Kerja Baik Pulih Bekalan Elektrik Giat Dijalankan, TNB Minta Ibu Bapa Awasi Anak-Anak

Kita dikejutkan dengan berita mengenai kejadian ribut tropika yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang malam tadi.

Tragedi itu telah mengakibatkan banyak kerosakan berlaku termasuklah bumbung dan bangunan rosak, selain pokok dan tiang elektrik tumbang.

Bercakap mengenainya, sebahagian daripada kawasan-kawasan yang terlibat telah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut laman Facebook rasmi Tenaga Nasional Berhad(TNB), kerja-kerja membaikpulih kerosakan yang berlaku sedang giat dijalankan sejak pagi tadi.

Menerusi kiriman terbaru mereka pula, TNB memaklumkan bahawa lebih 50% daripada aduan yang diterima di kawasan terlibat telah berjaya dipulih dan diselesaikan.

Mereka juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak dan menghalang mereka daripada menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau kabel elektrik yang terputus.

Diharapkan agar mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut agar bersabar sementara TNB berusaha memulihkan bekalan elektrik seperti biasa.

Sumber: FB TNB

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.