Siakap Keli
Gambar Hiasan

Modal Tak Sampai RM 10, Lelaki Kongsi Dapat Hapuskan Banyak Lipas Dalam Kereta Guna Perangkap Mr. DIY Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan lipas dalam kediaman dan kenderaan semestinya mengganggu kita. Selain menyebarkan bakteria dan menjadi perumah (host) parasit, lipas juga merupakan serangga perosak yang harus dibanteras.

Bahkan, kewujudan serangga ini di dalam kenderaan mungkin boleh membahayakan nyawa. Bayangkan anda sedang memandu, tetiba anda dapat rasakan ada sesuatu memanjat kaki. Bila dilihat ke arah kaki di bawah stereng, rupanya sang lipas sesat sedang ‘mendaki’ kaki anda. Pasti berdegup kencang jantung dibuatnya.

Keadaan ini pasti membahayakan terutamanya jika haiwan itu mula terbang kerana berasa terancam. Silap haribulan, kenderaan boleh terbabas kerana lipas.

Bagi mengatasi masalah serangga perosak di dalam kenderaan, anda boleh gunakan tips dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.

Caranya tidak sukar. Pertama sekali, anda hanya perlu membeli perangkap lipas dan cicak di mana-mana kedai ataupun gedung atas talian. Menurut pengguna tersebut, anda juga boleh dapatkan perangkap ini di Mr. DIY pada harga bawah RM 10.

Masukkan umpan di dalam bekas tersebut di ruangan tengah. Anda boleh gunakan apa-apa sisa makanan sahaja untuk menarik lipas.

Kemudian, letakkan perangkap berisi umpan tersebut di bawah kusyen kereta mahupun di dalam bonet.

Sehari kemudian, anda akan dapati bekas tersebut telah dimasuki lipas-lipas hidup. Anda hanya perlu membunuh dan membuang lipas tersebut sebelum menggunakan semula perangkap itu.

Bagaimana cara membunuhnya? Terpulang. Asalkan ia mati cepat dan tidak terseksa lama.

Semoga berjaya.

Perangkap ini juga boleh digunakan untuk memerangkap cicak. (Kredit: Ikmal Razin)

*Mohon rahsiakan dari lipas-lipas di luar sana.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.