Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selepas Dilanda Badai Semalam, Amaran Ribut Petir Sekali Lagi Dikeluarkan Bagi 3 Buah Negeri

Beberapa buah kawasan terutamanya di negeri-negeri bahagian utara tanah air semalam dilaporkan telah dilanda dengan kejadian angin kencang dan ribut petir yang menyaksikan berlaku kerosakkan, semalam.

Terbaru, melalu satu tweet, Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi sekali lagi mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga buah negeri di utara iaitu seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada 2.50 petang dan diramal berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

Orang ramai diminta untuk terus berwaspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika berhadapan dengan situasi cuaca tidak menentu ketika ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.