Siakap Keli
Foto: Facebook

(Video) Asap Tebal Berkepul-Kepul Naik, Tular Rakaman Api Marak Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

Satu video yang memaparkan sebuah kereta terbakar di sebuah stesen minyak Shell telah tular di media sosial baru-baru ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Stesen Minyak Shell Jalan Pasir Pelangi, Taman Iskandar, Johor Bahru pada sekitar jam 12 tengahari tadi.

10Aug2019/JohorMakluman awal kejadian berlaku jam 12pm tengahari tadi sebuah kereta terbakar di Stesen Minyak Shell Jalan Pasir Pelangi Taman Iskandar Johor Bahru..#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, 9 August 2019

Melihat kepada video berkenaan, api dilihat sedang marak dan kepulan asap hitam tebal mula memenuhi bahagian bumbung stesen minyak berkenaan.

Menurut perkembangan terbaru dari laman FB Komuniti JOHOR DT pula, kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

10Aug2019/JohorMakluman awal kejadian berlaku jam 12pm tengahari tadi sebuah kereta terbakar di Stesen Minyak Shell Jalan Pasir Pelangi Taman Iskandar Johor Bahru..

Posted by Komuniti JOHOR DT on Friday, 9 August 2019

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku setakat ini dan status pemilik serta jenis kenderaan tersebut juga masih belum diketahui.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS, Komuniti JOHOR DT

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.