Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Penghantar Makanan Bergelut Dengan 2 Lelaki Didakwa Penyamun, ‘Y-Suku’ Kesayangan Gagal Dilarikan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang penghantar makanan hampir kehilangan motosikal miliknya ketika didatangi dua individu tidak dikenali berhampiran di Damansara.

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @Tsgxy_, dua lelaki menaiki motor menghentikan motosikal mangsa di laluan masuk kompleks berkenaan sebelum dilihat bercakap sesuatu dengan mangsa.

Mangsa kelihatan terpinga-pinga sementara salah seorang suspek turun dari motosikal dan mundar mandir berhampiran mangsa sebelum secara tiba-tiba menyerang mangsa dari belakang.

Kedua-dua suspek kemudiannya menarik dan dipercayai menyerang mangsa sebelum salah seorang daripada mereka merampas motosikal tersebut.

Tidak terhenti di situ, mangsa melompat ke atas suspek dan bergelut selama lebih seminit sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

Rakan hadapi kejadian serupa

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.