Siakap Keli

(Video) Kereta Terbakar Tengah Jalan, Bomba Kata Ini Pentingnya Pemadam Api Ada Dalam Setiap Kereta

Persediaan menghadapi detik cemas perlu dibuat dengan rapi kerana malang tidak berbau. Kebakaran melibatkan kenderaan sering berakhir dengan tinggalan rangka yang hangus akibat api yang marak dengan cepat kerana adanya cecair bahan bakar. Justeru, persediaan yang cukup amat penting dalam situasi ini.

Satu rakaman kebakaran sebuah kereta di luar negara telah menunjukkan betapa pentingnya memiliki alat pemadam api mudah alih dalam kenderaan kita.

Dalam video yang dikongsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia itu, orang ramai yang melintasi kawasan itu masing-masing mengeluarkan pemadam api mereka dan membantu mangsa memadamkan kebakaran di bahagian hadapan keretanya.

Kerjasama mereka itu telah membantu mengawal api sementara bomba tiba kemudiannya.

Selain itu, sikap pengguna jalan raya lain yang tidak menyebabkan kesesakan serta memudahkan jentera bomba tiba di tempat kejadian turut mendapat pujian.

“Sementara nak tunggu bomba hangus dulu”

Berikutan itu, anda semua disyorkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu alat pemadam kebakaran mudah alih dalam kenderaan dan kediaman masing-masing demi keselamatan.

Anda boleh dapatkan alat tersebut di kedai kelengkapan rumah dan gedung atas talian.

Sumber: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.