Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Dalam Carta ”Most Overworked Cities” Di Dunia – Kajian

Kuala Lumpur diletakkan di tangga keempat sebagai bandar Most Overworked Population di dunia, dalam kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat teknologi telefon pintar, Kisi.

Senarai berkenaan meletakkan Tokyo, Jepun di tempat pertama diikuti negara jiran Singapura di tangga kedua. Manakala dua bandar di Amerika Syarikat, Washington DC dan Houston masing-masing ditangga ketiga dan kelima.

Kajian berkenaan dijalankan bagi mengukur keseimbangan gaya hidup populasi bagi 40 buah bandar berdasarkan 20 faktor antaranya adalah masa tiba di tempat kerja, jumlah jam bekerja seminggu, pengangguran, jumlah cuti tahunan serta sistem pengangkutan.

Skor kemudian ditentukan pada skala 100 mata dimana semakin tinggi adalah semakin baik, kecuali bagi faktor tekanan dalam bandar, dimana semakin rendah adalah semakain baik. Keputusan kajian boleh disemak disini.

Antara lain kajian tersebut turut menyebut bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar ketiga dengan peratusan pengangguran paling rendah iaitu 2.4 peratus di belakang bandar Munich, Jerman dan Singapura.

Kredit: Getkisi.com, Human Resource

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.