Siakap Keli

“Paksu Janji Akan Jaga Awak Macam Baba Jaga” Mangsa Maut Dalam Pergelutan Tinggalkan Bayi 4 Bulan

Kuala Lumpur, 11 Ogos- “Paksu janji, paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial, paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak,” demikian luahan adik ipar mangsa yang maut dalam pergelutan di Lebuhraya Plus KL-Seremban, Syed Muhammad Danial, 29.

Zafri Amier melalui akaun media sosial miliknya meluahkan rasa kehilangan atas pemergian DanialĀ  yang disifatkan sebagai seorang yang prihatin terhadap keluarga.

“Masih rasa seperti ini semua mimpi buruk. Saya sangat rindukan abang Dan. Abang dalam perjalanan balik bawakan kami piza, tapi tuhan lebih sayangkan abang. Berehatlah dengan tenang, abang. Saya sayang abang,” katanya.

Katanya, arwah sering mengutamakan keluarga dan menjaga orang lain lebih dari diri sendiri.

“Tak pernah rasa sekosong ini dalam hidup,” luahnya.

Mangsa maut didakwa selepas berlaku pergelutan ekoran perselisihan faham setelah kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi petang semalam.

Solat jenazah diadakan selepas Zohor di Masjid At-Taqwa, Bukit Mahkota, Kajang.

Sementara itu, Zafri turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

“Assalamualaikum, saya adik ipar arwah ingin meminta tolong kepada orang ramai untuk jangan buat sebarang andaian dan jadikan ini sebagai isu perkauman, ia sudah menjadi kes polis dan kami sekeluarga serahkan 100% pada polis, inshaallah keadilan akan ditegakkan buat arwah, terima kasih.”

Polis menggesa saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Jika anda menyaksikan kejadian, sila hubungi pegawai penyiasat kes dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungi balai polis berhampiran anda.

Kerjasama anda amat penting bagi memastikan kes dapat diselesaikan dengan adil dan saksama.

Sumber: Zafri Amier

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.