Siakap Keli
Sumber: Facebook

(Video) Kes Lelaki Maut Akibat Pergelutan, Saksi Kongsi Rakaman Detik Perselisihan Faham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kuala Lumpur, 11 Ogos- Seorang saksi memuatnaik video yang dirakam ketika dia melintasi tempat kejadian dipercayai ketika berlaku perselisihan faham antara Syed Muhammad Danial, 29 dengan pemilik kereta Toyota Innova berusia 40-an di Lebuhraya Plus KL-Seremban petang semalam.

Dalam video berdurasi 4 saat itu, mangsa berbaju biru dilihat berhadapan dengan suspek berbaju belang yang kelihatan marah.

Seorang lelaki lain dipercayai saksi kejadian dilihat cuba menenangkan situasi tegang tersebut.

“Takziah kepada keluarga arwah, baru dapat tahu berita ni. Saya tidak tahu jika video ini boleh membantu, tapi sebab ia melibatkan nyawa.. Disebabkan saya sudi kongsi video ini, saya tidak mahu video ini dimanipulasi.

“Video ini bukan untuk tentukan siapa betul atau salah, cuma apa sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian. Ia sudah menjadi kes polis. Hentikan membuat andaian dan biarkan polis membuat siasatan.

“Saya akan beri kenyataan kepada polis esok (hari ini),” kata Cik RosHani melalui akaun Facebook miliknya.

Dalam perselisihan faham tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan rusuk dihantar ke Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut saksi yang berkongsi video berkenaan, dia akan memberi kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Sesiapa yang berada di lokasi berkenaan dan mempunyai maklumat berkenaan kejadian termasuk bukti video diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016-406 4202, atau hubungi balai polis berhampiran.

Sumber: Cik RosHani

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.