Siakap Keli
Gambar Hiasan

Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Disebelah Utara Hingga Selatan Malaysia Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan sembilan buah negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga pukul 12 tengah hari ini ialah seluruh Perlis dan Kedah Serta Pulau Pinang. Bagi, kawasan yang terlibat untuk negeri Perak adalah, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung. Bera (Pahang), Sepang (Selangor), Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dah Tampin (Negeri Sembilan), sekitar Melaka dan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian (Johor).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang bercuti pada hari ini.

 

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang