Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Ajak Santero)

“Selamat Hari Raya, Hati-Hati Nanti Balik, Jumpa Kita Di Syurga” Sedih, ‘Perjalanan’ Pakcik Ini Buat Hati Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya AidilAdha, masih ada lagi insan yang tidak bernasib baik. Dalam pada itu, masih ada yang baik hati memberi bantuan untuk seseorang itu meneruskan kehidupannya.

Kisah yang menyentuh perasaan ini dikongsikan oleh seorang lelaki di laman Facebook, Ajak Santero mengenai seorang lelaki berusia sekitar 50 tahun yang yang terkandas di tepi jalan sambil menggalas sebuah beg besar pada malam raya lalu.

“Tuhan dah atur jalan tu cantik”

Seorang lelaki bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian beraya di sekitar ibu kota menaiki motorsikal. Secara kebetulan mereka terlihat seorang lelaki tua berjalan berseorangan sambil melambai-lambai kereta yang lalu disekitar Petaling Jaya untuk menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung halaman tetapi tidak berhasil.

Kitaorang bertiga pun behenti, bertanya sebab.

Dik tolong hantar pakcik ke TBS boleh? Pakcik nak balik Ipoh tapi tak ada kenderaan waktu camni untuk pakcik ke tbs.

Foto : Ajak Santero

Dengan ketelusan hati untuk menolong pakcik ini terus mereka menghantarkan ke TBS, sesampainya disitu, terus pakcik ini mengangis teresak-esak kerana masih ada yang simpati terhadap nasibnya itu. 

Member aku tanyakan duit belanje, pakcik tu cakap ada ada, tapi membe tetap hulurkan duit belanja. Betul la kata membe aku, musafir ni ada duit sekalipun sampai bila je mampu bertahan. Masa kitaorang nak gerak terus pakcik cakap,

“Terima kasih dik, Selamat Hari Raya, Hati-hati balik. Jumpa kita di Syurga.”

Walaupun kecil pengorbanan kita terhadap orang yang memerlukan, mungkin besar bagi mereka yang memerlukannya. Sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Sumber: Ajak Santero

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra