Siakap Keli

(Video) “Panjang Jari Dia, Putih Pucat Pulak tu,” Misteri Tangan Dalam Baju Putih Lusuh Timbul Tanda Tanya

Seperti yang semua sedia maklum, beberapa hari ini kesemua lebuh raya utama seluruh negara mengalami kesesakkan berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Malah, hampir setiap masa kedengaran di corong radio tentang kemalangan trafik yang berlaku melibatkan kenderaan yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha. Lebih sayu, ada yang maut sebelum sempat tiba ke destinasi mereka.

Semalam tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan sebuah kenderaan yang terbabas ke dalam gaung. Dipercayai kejadian terbabit terjadi berdekatan Jalan Gombak Lama, susur ke Genting Sempah.

Video berdurasi 2.50 minit itu dikatakan telah dirakam oleh salah seorang pekerja trak penunda yang berada di lokasi kejadian.

Namun apa yang menarik perhatian adalah pada minit ke 1.43, di mana netizen mendakwa seperti ada tangan yang berpaut pada tingkap kenderaan terbabit.

Seorang individu yang mendakwa sebagai pekerja trak penunda yang merakam video berkenaan itu menjelaskan bahawa memang tiada sesiapa di dalam kereta tersebut.

Lalu mula timbul persoalan dan persepsi tentang siapa pemilik ‘tangan’ tersebut.

Ada tangan kat cermin tingkap tu 

Panjang jari, putih pucat pulak tu

Ada tangan dalam baju putih lusuh buang besi ke luar

Macam kain tersangku barang, barang tu terjatuh sebab tersangkut ranting

Ada kain putih kat tingkap belakang

Sumber: Info Kemalangan Jalan Raya

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Nur Farra