Siakap Keli
Gambar Hiasan

Amaran, 8 Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawk.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Kawasan yang dijangka terlibat sehingga 8 malam ini adalah Baling, Kulim Bandar Baharu (Kedah), Kerian, larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar (Perak), Jeli, Tanah Merah (Kelantan), Hulu Terengganu, Dungun (Terenganu), Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Kota Tinggi Johor dan Kuching Sarawak

Manakala di kawasan yang dikatakan bakal terlibat dengan ribut petir sehingga 6 petang ini adalah Rompin (Pahang), Segamat, Kluang, Mersing, Kulai (Johor), Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan (Sabah).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)