Siakap Keli

Anak-Anak Tak Tahu Arwah Ayah Dah Peluk Islam, Semua Waris Tak Sangka Pengurusan Jenazah Sangat Mudah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berpeluang untuk uruskan jenazah adalah satu ibadah untuk kita berbuat baik dan untuk kita ingat tentang kematian. Bahkan, ilmu untuk mengruskan jenazah pun dituntut dalam Islam.

Sebagai anak di muka bumi ini, kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang pengurusan jenazah supaya jika berlaku sesuatu kepada ahli keluarga, tidaklah kita serahkan seratus peratus kepada orang lain untuk menguruskannya.

Bagaimana pula jika berlaku kepada ahli keluarga mualaf? Macam mana mereka menguruskan jenazah itu? Ini merupakan satu perkongsian pengalaman daripada Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia yang mengendalikan jenazah warga emas mualaf.

Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima satu kes kematian warga emas yang mualaf. Saat aku sampai di bilik mayat, aku dapati ada beberapa waris bangsa Cina yang sedang menunggu.

Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah anak-anak si mati. Okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada non-Muslim melalui fardu kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jenazah secara Islam.

Apabila mengajak untuk menguruskan jenazah ayah mereka, anak-anaknya menolak kerana tidak dapat menahan sebak. Salah seorang ahli Skuad Pengurusan Jenazah ini berkata, anak-anak Allahyarham ini baru tahu bahawa dia sudah memeluk Islam.

Bapak you ni sangat mudah kami uruskan, banyak ringan, banyak mudah ma. You tau ka saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you sehabis baik.

Selepas solat jenazah, aku bawa jenazah ke tanah perkuburan islam USJ. Antara waris nya yang ikut naik van mayat ini adalah anak sulong lelaki arwah. Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci al-Quran.

Dan ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan Islam.

Aku perhatikan cara dia duduk dalam van jenazah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat al-Quran yang aku pasang di radio.

Abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk Islam. Saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan jenazah bagi orang Islam.

 

Sebagaimana kita tahu, pengurusan jenazah perlu disegerakan dan dipermudahkan proses kehidupan di alam akhirat nanti. Sebagai pengalaman baharu, ada antara mereka kagum tidak kurang yang gembira dapat meluaskan ajaran Islam kepada individu beragama lain.

Tibanya di tanah perkuburan Islam, gelagat waris tersebut agak teruja dengan keindahan tanah perkuburan Islam di salah satu daerah di Selangor.

Ketika mana jenazah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jenazah ayahnya. Kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya .

Paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang bukan muslim itu membuka setiap ikatan tali kafan dan kami memberikan bimbingan untuk membuka helaian kain di bahagian wajah arwah. 

Si anak menurut setiap arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di bahagian wajah arwah ayahnya. Lalu, kami timbuskan liang lahad seperti biasa.

Seperti biasa, pasti akan ada banyak persoalan yang terlintas di fikiran anak-anak bukan Islam ini tetapi pihak pengurusan telah menjawab setiap satu persoalan yang dikemukan dengan kefahaman tentang indahnya Agama Islam ini.

Segala sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk pergerakan pertubuhan ini termasuklah menampung kos pengurusan jenazah bagi yang tidak berkemampuan serta kos baik pulih van jenazah.

Salurkan sumbangan ikhlas para dermawan ke akaun rasmi pertubuhan:-

PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA

(PPM-026-14-24012018)
CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186

Sumbanglah secara istiqamah, mudah-mudahan Allah swt berkati hidup kita sehingga akhir hayat. Aamiin.”
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH!

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)