Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Semuanya Sedang Bertasbih Pada Allah,” Banjir Dan Hujan Batu Rahmati Bumi Mekah Sejak Semalam

Beberapa gambar serta video tular di laman media sosial menyaksikan keadaan hujan yang turun dengan serta paras air yang naik di sekitar kota suci, Mekah.

Ketika ini, jutaan jemaah haji di sana bagi menunaikan Rukun Islam Kelima dan rata-rata mereka menyatakan rasa syukur di atas rahmat yang membasahi bumi Mekah dengan suhu harian yang hampir mencecah 50 darjah celsius.

Beberapa hari lalu, bumi itu diturunkan hujan saat wukuf di Arafah dan semalam khabarnya Mekah ‘dihadirkan’ dengan limpahan hujan ais.

Khabar itu disampai melalui Instagram pendakwah Indonesia terkenal, Abdullah Gymnastiar semalam.

Hujan es di mekkah mina masyaaAlloh ….
Semua tetesan hujan Dan es bertasbih kepada Alloh…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdullah Gymnastiar (@aagym) on

Beberapa orang jemaah lain turut berkongsi pengalaman mereka di sana menyaksikan turunnya rahmat itu.

Sumber: Instagram aagym, Twitter

Nur Farra