Siakap Keli

Genap Setahun Peristiwa Kenderaan Berlanggar Dengan Treler, Ini Perkembangan Terkini 3 Yatim Piatu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada di antara anda yang masih mengingati kemalangan maut yang melibatkan sebuah kenderaan dengan treler di Pontian, Johor. Lebih menyayat hati apabila Insiden yang pernah menggemparkan negara itu mengakibatkan tiga orang kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka dalam sekelip mata.

Dipercayai bahawa punca kemalangan tragis itu adalah kerana treler terbabit cuba untuk dari melanggar sebuah kenderaan lain. Dikatakan pemnadu treler berkenaan cuba untuk menghentikan trelernya dengan membrek sejauh kira-kira 36 meter hingga menyebabkan ia memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Keadaan kenderaan yang remuk (Gambar: Berita Harian)

Genap setahun pemergian allahyarham Ahmad Mohd Noor serta isterinya Rohana Kosnan. Sayunya, sebelum mereka berdua meninggal dunia, Rohana sempat menitipkan amanah kepada adik lelakinya untuk menjaga ketiga-tiga anaknya. Seolah-olah tahu bahawa mereka akan ‘berpindah’  ke alam kekal abadi.

Adik lelakinya, Hassan Kosnan ada menyatakan.

Genap setahun kehilangan mereka berdua sekelip mata. Sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga sehingga hari ini. Apatah lagi meninggalkan anak-anak yang masih di bawah umur.

Gambar: Hassan Kosnan

Hassan menyatakan bahawa dia akan sentiasa berusaha untuk menjaga amanah yang diberikan oleh arwah. Mereka yang kini berumur 7, 12 dan 13 tahun itu tinggal bersamanya dan isteri. Ada kalanya Hassan membawa mereka untuk ‘berjumpa’ dengan ibu bapa mereka terutamanya ketika pagi Syawal atau Hari Raya Haji.

Saya hanya berpesan kepada anak-anak mereka, doakanlah setiap hari arwah ayah dan emak. Hanya doa anak-anak menjadi bekalan di sana selain ilmu dan amal jariah kedua-dua arwah.

Hari ini mcm hilang semangat nk membuat kerja. Asyik melihat gambar-gambar arwah dan berita kejadian. Ditambah pula melihat anak-anak mereka ni di depan mata mahu mengalir air mata ni

Semoga tenang kau di sana selamanya. Insyallah amanah yang ditinggalkan dapat digalas dengan baik.

Rujukan

[1] Nur Farra. 2018. 3 Kanak-kanak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata. Dicapai pada 13 Ogos 2019

Sumber: Hassan Kosnan

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)