Siakap Keli

Kemalangan Lebuh Raya-Utara Selatan, Hentikan Penyebaran Berita Palsu – PDRM

Insiden kemalangan yang berlaku di kilometer 293.5, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kajang sabtu lalu yang berakhir dengan kematian seorang lelaki telah mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.

Ekoran isu tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini meminta semua individu agar tidak membuat sebarang kenyataan di rangkaian komunikasi dan platform media sosial.

Menurut polis, ianya bukan sahaja boleh membangkitkan sentimen perkauman, malah akan menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman negara ini.

Semua suspek-suspek yang ditangkap sedang disiasat dan polis merayu agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian tampil membantu untuk memberi keterangan.

Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra