Siakap Keli

Lembaga Tabung Haji Nafi Berita Tular Kononnya Jemaah Malaysia Maut Dalam Terowong

Tengahari tadi kita dikejutkan dengan berita kononnya ada di kalangan para jemaah terperangkap di dalam sebuah terowong melontar akibat hujan lebat dan seorang jemaah Malaysia dilaporkan telah meninggal dunia.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Lantaran itu, untuk mengelakkan spekulasi dari terus berlegar, pihak Lembaga Tabung Haji (TH)  dalam satu kenyataannya telah menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.

Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat  melanda Mina.

“Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar !,” kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Sumber: Official: Lembaga Tabung Haji 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)