Siakap Keli
Gambar Hiasan

Amaran, 12 Negeri Termasuk Kuala Lumpur Diramal Dilanda Ribut Petir Sehingga Malam

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan 12 buah negeri terlibat iaitu Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga pukul 8 malam ini adalah seluruh Perlis, Kedah, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Bentong, Kuantan, Pekan dan Romping (Pahang), Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang (Selangor),Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, jempol dan tamping (Negeri Sembilan),Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru (Johor), Kuching, Bau, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Limbang, Pedalaman Sipitang, Tenom, Pantai Barat, Ranau dan Kota Belud, Sandakan dan Kudat (Sabah).

Orang ramai yang berada dikawasan terbabit diharapkan lebih berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)