Siakap Keli

Bak Kuman, Jurugambar Abadikan Gambar Saat Kapal Angkasa NASA Melintasi Matahari

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan sebuah objek yang terbesar pernah di hantar ke angkasa atas tujuan kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. Mengikut perkiraan, ISS mempunyai keluasan saiz yang sama dengan sebuah padang bola sepak.

Keluasan saiz stesen angkasa yang besar ini bagaimanapun kelihatan tenggelam apabila terdapat imej yang memaparkan stesen ini berada pada posisi membelakangkan matahari.

Menerusi imej yang berjaya dirakam oleh seorang jurugambar, Rainee Clacurcio, ISS kelihatan begitu kecil jika dibandingkan dengan saiz sebenar matahari yang menyala itu.

Imej tersebut diambil dengan bantuan teleskop solar khas dengan ketepatan masa yang sama ketika ianya bergerak di antara Bumi dan matahari. Pada mulanya, stesen angkasa yang berbentuk H itu kebiasaannya terlihat seperti tempat gelap yang melawan bintang dan hampir tidak boleh dilihat melawan latar belakang yang bersinar.

Bagi menghasilkan imej yang menakjubkan, Colacurcios memadankan dua gambar berlainan yang diambil pada masa yang sama. Gambar yang pertama adalah lebih menfokuskan kepada stesen angkasa yang bergerak menyeberangi matahari manakala gambar kedua pula menfokuskan permukaan matahari.

Imej menakjubkan itu bagaimanapun membuatkan ramai orang yang teruja membandingkan saiz sebenar stesen angkasa tersebut dengan saiz sebenar permukaan matahari.

Sumber: Business Insider

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra