Siakap Keli

“Hampir Kena Slip-Disc Sebab Terlalu Gemuk,” Lelaki Ini Hilang Sampai 30kg Demi Isteri Dan Anak-Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering berkait dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular, salah satunya adalah jantung. Makan tanpa mengira waktu juga merupakan salah satu gaya hidup masyarakat dunia yang mungkin tidak mendisplinkan hal ini.

Lebih parah, jika satu hari ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan kadar gula di dalam badan meningkat mendadak dan tanpa disedari anda adalah penghidap penyakit diabetes dan obesiti. Mungkin ia bersangkut paut dengan generasi.

Secara logiknya, kita boleh mengubah ke arah gaya hidup sihat. Anda perlu untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersenam untuk sentiasa berada dalam kesihatan yang baik.

Ayah kepada dua orang puteri ini telah berkongsi pengalaman menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram dalam masa 6 bulan. Tidak perlu drastik, tetapi haruslah konsisten. Menerusi laman blognya, Airulmi Mokhtar merupakan seorang jurutera dan mempunyai penyakit keturunan iaitu asthma.

Disebabkan kesihatan sering terjejas, dia nekad untuk menurunkan berat supaya kesihatannya berpanjangan dan boleh menyara keluarga kecilnya ini.

Ikuti perkongsian menarik daripada Airulmi Mokhtar supaya menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat diluar sana tentang penjagaan berat badan supaya tidak berlebihan. Ini adalah soal jawab daripada team SK dan Tuan Airulmi.

1. Apa yang ada dalam fikiran tuan untuk turunkan berat badan?

Semua orang tahu, walau orang kurus pun belum dijamin sihat, apatah lagi mereka yang gemuk dan berbadan besar. Tetapi kejayaan sebenar bukanlah dinilai melalui berapa kilogram dan berat yang dapat diturunkan.

Gambar ini dalam proses untuk menurunkan berat badan

Paling penting ialah kegembiraan yang dicapai dengan gaya hidup sihat dan kualiti hidup bersama mereka yang tercinta.

Itu definisi sebenar kenapa saya mengubah cara hidup dari obesiti ke arah cara yang sekarang. Setelah kematian anak saya dan ibu dalam masa terdekat, saya dapati hidup ini hanya pinjaman Tuhan, boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Paling saya khuatir jika saya pergi dulu sebagai penyumbang tunggal mata pencarian, saya tak dapat bayangkan isteri dan anak-anak saya yang tinggal dalam kesusahan. Kerana saya mengidap hypertension, asthma yang sangat kritikal dan potensi kencing manis.

Saya sendiri hampir pernah kena near slip-dics akibat terlalu gemuk. Saya tidak boleh duduk terlalu lama, memandu lama sengsara dan paling bimbang, pakat orthopedik menasihatkan saya menjalani pembedahan memasukkan dua batang besi ditulang belakang bagi mengelakkan slip-dics tersebut.

2. Boleh tak tuan ceritakan corak pengambilan diet? Dan bagaimana tuan dapat tahan diri dari kelaparan?

Corak pemakanan saya sangat mudah dan jelas. Makanan tidak bersalah, saya tiada pantang yang terlalu kritikal dan sengsara menahan lapar. Paling penting kita kena faham apa itu KALORI DEFISIT. Makan, riadah, kualiti rehat dan pengurusan stress perlu seimbang.

Antara amalan utama saya ketika nak menurunkan berat badan dari 105kg ke 74kg (kekal hingga kini) ialah saya cut 80% air manis, minum air masak 3-4 liter sehari, makan dgn kerap 7 kali sehari, makan kuantiti yang sikit, makan secara seimbang, makan cara “eat clean”, tidur yang berkualiti, riadah min tiga kali seminggu.

Paling penting tidak ambil sebarang ubat kurus, suplimen, fat burner dam semuaa produk-produk kesihatan.

3. Dari mana tuan dapatkan rujukan untuk menurunkan berat badan?

Untuk rujukan saya, ramai tidak perasan sebenarnya makanan yang paling sihat dan murah ialah makanan yang disediakan atau makanan yang di masak dari rumah. Isteri saya banyak membantu dari segi ini.

Saya juga dapatkan info dari pakar pemakanan di hospital dimana saya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika saya mengalami masalah kesihatan dulu. Kini jangan risau, diinternet dan media sosial juga ada banyak sumber rujukan yang boleh dipercayai dan berkredibiliti .

Anda juga perlu pastikan makan tepat pada masa. Waktu kerja saya tak menentu, sebab tu saya selalu bawa oat mill ke mana-mana saya pergi untuk “snacking”.

4. Boleh tak tuan berikan beberapa tips untuk kekalkan motivasi diri sepanjang proses turunkan berat badan?

Lain orang ada lain motivasi. Saya ada beberapa cara. Sebagai lelaki dan pemimpin semulajadi (sekurang-kurangnya pemimpin keluarga), kita perlu sihat rohani dan jasmani serta berketrampilan untuk membina keyakinan.

Jadi lelaki yang gemuk dan berbadan besar itu adalah gambaran dan imej yang sangat negatif kepada seluruh umat lelaki. Tapi motivasi terkuat saya ialah keluarga saya kerana keluarga yang sihat itu adalah keluarga yang bahagia. Seterusnya ialah apa yang kita boleh kembalikan kepada masyarakat.

Bayangkan apabila kita diuji dengan kesakitan, seluruh tubuh dan akal tidak berfungsi dengan baik. Jika kita mempunyai kesihatan yang tidak baik, macam mana nak jalankan ibadah dengan sempurna? Sebab itulah kita disarankan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Semua orang tau, implikasi obesiti terhadap lelaki dan wanita adalah penyakit alaf baharu yanh mengundang isu kesihatan serius. Jadi, seru kepada semua untuk menjaga kesihatan serta menurunkan berat badan untuk kesihatan yang berpanjang.

Sumber: Airulmi Mohktar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)