Siakap Keli

Isu Pengenalan Tulisan Jawi, Ini Keputusan Rasmi Dari Mesyuarat Jemaah Menteri

Beberapa minggu ini isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, perkara tersebut nyata mula menimbulkan  pelbagai persepsi di kalangan masyarakat.

Justeru, untuk menjernihkan segala spekulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan kenyatan rasmi mengenai keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai tahun 2020.

Menurut kenyataan tersebut lagi, Jemaah Menteri telah membuat keputusan mengekalkan keputusan Jemaah Menteri pada minggu lalu  supaya pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan tetapi dilaksanakan hanya jika diperpersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan.

Gambar: Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Gambar: Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)