Siakap Keli

“Kalau Dia Besar Jangan Beritahu Dia Diberikan Sebegini,” Ibu Tinggal Bayi, Takut Dijual Sang Suami

Seorang wanita bergelar ibu terpaksa mengambil keputusan nekad untuk membuang bayi yang baru dilahirkan kerana didakwa takut bayi tersebut akan dijual oleh suaminya. Kejadian ini disedari oleh orang ramai apabila penduduk Dusun Krajan II Desa, Indonesia telah menemukan seorang bayi perempuan yang diletakkan didalam kotak di hadapan rumah seorang penduduk.

Setelah disiasat dengan lebih lanjut, bayi tersebut ditinggalkan di dalam kotak bersama dengan sepucuk surat yang menerangkan segalanya. Surat tersebut dipercayai ditulis sendiri oleh ibunya sebelum diletakkan bersama bayi yang ditinggalkan.

Menurut kandungan surat itu, bayi itu terpaksa ditinggalkan kerana takut suaminya akan menjual bayinya dan berkemungkinan akan dibunuh.

Menerusi tulisan wanita berkenaan, bayi itu ditinggalkan dengan harapan bahawa akan ada orang yang akan mengambil serta menjaganya dengan baik. Keputusan itu diambil kerana keadaannya yang terdesak.

“Jangan beritahu kalau ada orang buang anak ini kerana saya lari dari hospital Banyuangi.  Anak saya hendak dijual oleh suami saya dan saya takut kalau dijual dia akan dibunuh”

Selain daripada itu, penulis surat tersebut juga berharap agar individu yang menemui bayinya itu tidak menghebahkan penemuan bayi berkenaan dengan memberi alasan bahawa bayi tersebut diberikan oleh saudara. Dia juga berharap agar dia akan terus dijadikan anak kepada orang yang menemuinya.

“Kalau ada orang tanya, kamu beritahu bahawa diberikan oleh saudara. Sampai bila-bila pun anak ini akan menjadi anak kalian. Saya ikhlas”.

Selain daripada takut bayi tersebut akan dijual oleh suaminya, wanita itu juga memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai daya untuk membawa bayinya ke tempat yang lain, jadi ditinggalkan dengan harapan ada orang akan menjaganya.

“Tadi pagi saya melahirkan pada hari Khamis. Saya tak kuat nak bawa anak ini ke mana-mana dan aku beri kepada kalian sahaja”.

“Kalau dia sudah besar, jangan beritahu bahawa dia telah diberikan sebegini”.

Buat sementara waktu, pihak polis sedang menyiasat dan mengesan pelaku yang ‘membuang’ bayi berkenaan dan menganggap perbuatan tersebut tidak sepatutnya dilakukan walaupun dengan apa sekalipun alasan.

“Kami akan menyiasat pelaku yang membuang bayi ini. Banyak keluarga yang mahukan cahaya mata, tetapi bayi ini boleh pula dibuang”.

Sumber: Sosok.id

syafiq halim

Tambah komen