Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kat Sekolah Ada Subjek Sivik Kan, Balik Rumah Ajar Mak Sekali,” Lelaki Pelik Ada Ibu Ajar Anak Hina Kerja Orang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sikap yang baik seseorang itu boleh membawa kebaikan kepada orang sekeliling serta untuk diri sendiri. Semua orang tau, salah satu perwatakan atau sikap yang baik adalah bersangka baik atau lebih dikenali sebagai ‘Husnuzon’ kepada orang lain.

Sebagai ibu bapa, seharusnya menunjukkan teladan yang elok kepada anak-anak supaya adab anak kecil dapat diterap di rumah oleh penjaga. Namun, pada zaman sekarang, adab yang dibawa oleh ibu bapa telah lapuk ditelan zaman. Kita boleh lihat sesetengah ibu bapa sendiri yang tidak menjaga adab apabila bertemu dengan orang.

Seperti tidak bermaksud semua tetapi sebahagian hakikat sebenar memang tidak boleh dinafikan.

Seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman mengenai cara ibu bapa mendidik mentaliti anak-anak dengan memandang rendah kepada keupayaan orang lain. Kisah ini diceritakan oleh Firdaus Ezani dibebenang Twitternya.

Kisahnya, pada cuti semester lalu, dia berhasrat untuk bekerja sambilan di kedai alat tulis milik ibunya. Bagaimanapun, ada sesetengah pelanggan yang memandang rendah terhadapnya yang dikatakan tidak mempunyai pengajaran sebab itu bekerja di kedai seperti ini.

Adik kena belajar elok-elok, nanti jadi macam abang ni kerja kedai macam ni je

Sewaktu cuti semester tahun lepas, aku bekerja dengan ibu. Jadi, aku berada di tempat mengira, seorang pelanggan datang dan kata dekat anaknya, “Adik kena belajar elok-elok, nanti jadi macam abang ni kerja kedai macam ni je”. Dan bila dia selesai…

”Dik, saya pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Microbiologi di Universiti Putra Malaysia yang merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia…”

…ambil barang daripada anaknya, tiba masa bayar. Jadi, aku balas ”Dik, saya pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Microbiologi di Universiti Putra Malaysia yang merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia, sekarang saya tengah cuti semester, dekat sekolah ada subjek pendidikan sivik kan…”

Belajar elok elok, balik rumah ajar mak adik sekali…

…belajar elok elok, balik rumah ajar mak adik ni sekali tau? Boleh? Dan teka apa, dia tinggalkan kedai dengan seribu malu.

Saya menyeru agar semua remaja yang bakal menjadi bapa dan ibu agar tidak bersikap kurang ajar dengan memperkecilkan orang lain.

Menyeru agar rakan rakan untuk mengisi masa lapang di waktu cuti semester dengan bekerja

…menyatakan bahawa “pengalaman kerja diperlukan untuk sekurang-kurangnya satu tahun”, apa-apa pengalaman kerja akan dilakukan. Sejauh mana yang saya baca dari LinkedIn, kebanyakan majikan ingin melihat usaha daripada bakal pekerja, selain daripada pencapaian akademik.

Katanya, walaupun ia dianggap perkara biasa oleh sesetengah orang tetapi baginya, dia mahu tunjukkan kepada golongan yang mempunyai sikap negatif dengan menilai orang serta merendahkan seseorang tanpa usul periksa. Dia juga berharap agar kisah ini menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak memandang rendah tentang keupayaan seseorang.

 

Sumber: Firdaus Ezani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)