Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lima Pemotong Rumput Maut, Seorang Cedera Parah Dirempuh Di Songkhla

Lima pemotong rumput maut dan seorang lagi cedera parah apabila dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang rakyat Malaysia di daerah Rattaphum, Songkhla hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang (waktu tempatan), enam pemotong rumput berusia antara 34 hingga 56 tahun itu yang sedang berehat di tepi Jalan Hatyai-Satun, dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu wanita berusia 30 tahun.

Pemandu wanita dan dua rakannya yang dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hatyai, Songkhla, cedera ringan. Pemandu wanita itu turut disoal siasat polis.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Rattaphum Kol.Pol. Theva Daoruang berkata empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Rattaphum.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah kini menerima rawatan di hospital.

“Siasatan awal polis mendapati pemandu yang dalam perjalanan menuju ke Hatyai dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh mangsa yang duduk di tepi jalan,” katanya kepada Bernama.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)