Siakap Keli

Rakaman Detik Cemas Tiga Orang Jatuh ‘Roller Coaster’, Tergelincir Keluar Landasan

Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang berlaku melibatkan taman tema permainan. Rata-rata kejadian berlaku adalah disebabkan komplikasi struktur permainan yang telah menyebabkan ramai yang tercedera malah ada yang sehingga meragut nyawa.

Terbaru, dilaporkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera apabila rollercoaster yang dinaiki oleh kanak-kanak tergelincir daripada landasannya. Ketika kejadian tersebut, permainan itu dipenuhi oleh kanak-kanak dan beberapa orang dewasa.

Pada awalnya, rollercoaster tersebut dilihat bergerak dengan kadar perlahan sebelum dipercepatkan ketika hendak melalui selekoh tajam. Namun, setelah ianya melalui selekoh tersebut dengan laju, badan rollercoaster tersebut tergelincir dari landasannya.

Daripada kejadian itu disahkan tiga orang penunggang cedera yang kesemuanya kanak-kanak serta dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum kejadian berlaku, permainan tersebut telah menjalani tiga kali pemeriksaan keselamatan dan mendapati tiada sebarang masalah. Selain itu, setiap permainan juga akan diuji terlebih dahulu sebelum taman tema permainan tersebut dibuka.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar yang menyebabkan kejadian tersebut.

Sumber: The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra