Siakap Keli

Ramai Pihak Ternanti-Nanti Dari Semalam, Keputusan Bedah Siasat Nora Anne Diumum Esok

Orang ramai tentunya sedang menantikan keputusan hasil bedah siasat mayat remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin (15) yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di sebuah pusat peranginan di Pantai Hill, Nilai.

Sejak dari 10 pagi lagi para wartawan dan rakan media berkumpul di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban menunggu pengumuman berkenaan yang dijangka akan berlansung sekitar jam 8 malam ini.

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana yang dipercayai terlibat dalam proses bedah siasat #NoraAnne, dilihat keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HTJ, Seremban.(Gambar: Bernama)

Walaubagimanapun sebentar tadi, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata bahawa Pasukan patology masih menjalankan bedah siasat ke atas mayat Nora Anne untuk mengetahui sebab-sebab kematian remaja Ireland itu.

Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.

Sumber: Bernama News Channel

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)