Siakap Keli

Tak Mahu Anak Bersedih, Bapa Sanggup Pinjam Baju Persis Wanita Sempena Sambutan Hari Ibu

Seorang lelaki ari Thailand mengenakan pakaian wanita hanya untuk menghadiri acara hari ibu di sekolah anaknya.

Pengguna laman Facebook, Chara Ran Chamnuansok membuatkan netizen merasa tersentuh melihat gambar-gambar dengan pakaian wanita serta mengenakan sedikit makeup pada wajahnya.

Perkara itu dilakukan semata-mata untuk membahagiakan anaknya sempena sambutan hari ibu di sekolah.

Di Thailand, hari ibu akan disambut pada setiap 12 Ogos  dan para ibu akan duduk di kerusi dan anak-anak akan melutut dan memberikan ibu mereka bunga melati.

Bagi kes Ran, dia rupanya sudah berpisah dengan isterinya 5 tahun lepas. Ran menguruskan dua orang anaknya sendiri dan yang dia perlu mengambil peranan sebagai ibu juga kepada kedua anaknya.

Beberapa hari sebelum kejadian, Ran dipercayai meminjam pakaian wanita itu dengan bertanya di laman Facebook.  Dia mendapatkan semua yang diperlukan daripada jiran serta neneknya.

Pada hari kejadian Ran gembira melihat anaknya teruja menerima kehadirannya di sekolah.

Namun, tindakan ini bukanlah yang pertama kali berlaku kepada ayah tunggal di Thailand.

Pada hari ibu tahun lalu, seorang bapa tunggal dengan dua orang anak, Chatchai Parn-uthai berpakaian seperti seorang ibu demi anaknya.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya dia menyatakan bahawa, dia tidak malu melakukan hal tersebut kerana semua itu dilakukan demi membahagiakan anaknya.  Walau bagaimanpun, ramai netizen yang memuji tindakan ayah tersebut.

Sumber: Tribunnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Nur Farra