Siakap Keli

Tular Gambar Kulit Tangan Kanak-Kanak Terkoyak Akibat Tersangkut Pada Eskalator

Seringkali kita diceritakan mengenai kemalangan di eskalator pasaraya yang melibatkan kanak-kanak, baik di luar atau di dalam negara.

Baru-baru ini, ia telah terjadi sekali lagi di Huibei, China di mana tangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah tersangkut di bahagian bawah tali pemegang eskalator.

Menurut laporan Oriental Daily, kejadian itu berpunca daripada kegagalan mangsa untuk melepaskan pemegang pada masa yang sesuai.

Tangan kanak-kanak itu kemudiannya tertarik sehingga termasuk ke bahagian bawah tali pemegang berkenaan.

Pihak bomba telah berkejar ke tempat kejadian bagi membantu mangsa, namun usaha mereka tidak mudah dan menghadapi beberapa halangan.

Selepas beberapa lama berusaha dan atas bantuan orang ramai, tangan kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tangan di mana kulit tangannya dikatakan terkoyak. Dia dikatakan masih menerima rawatan lanjut di hospital ketika ini.

Walaupun diakui ada kalanya agak sukar untuk mengawal kanak-kanak ketika berada di pasaraya, diharapkan agar semua ibu bapa dan penjaga di luar sana berusaha sebaiknya untuk memastikan keselamatan anak kecil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Oriental Daily

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.